Monday, February 8, 2010

Petua Mengurangkan Rambut Gugur


Saya juga menghadapi masalah rambut yang gugur dan berkelemumur. Tapi setelah mencuba petua ini, saya dapati rambut yang gugur telah berkurangan dengan kadar yang segera. Anda sendiri boleh mencubanya kerana ianya mudah sahaja.

Caranya adalah:
1. Dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja.

2. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja).

3.sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. and akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.


p/s : bagi yang sukar untuk mendapatkan bunga raya putih dan daun lidah buaya, saya nasihatkan mulalah menanam pokok-pokok ini di rumah anda, walaupun hanya menggunakan pasu sahaja.

cerahkan kulit dengan beras pulut


Kulit yang pucat dan kusam mempengaruhi kita ketika hendak berdepan dengan orang ramai. Keyakinan kita terbantut untuk mengatasi masalah ini, ikuti petua ini.

1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian ditumbuk sehingga lumat.

2.Lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk sebelum mandi.

3. Biarkan lumuran tadi separuh kering, sental kulit anda perlahan2. Selepas itu dibilas dengan air. Selepas itu anda akan lihat hasilnya.

Lakukan sekerap yang mungkin untuk hasil yang terbaik iaitu 2 kali seminggu. Kulit tubuh anda dijamin akan cerah dan berseri-seri.

Cara malambatkan muka berkedut

Adakah anda ingin mengekalkan keremajaan kulit wajah? Dewasa ini, saya yakin kebanyakan anda akan mengatakan YA. Siapa yang nak nampak tua, kan? Mestilah nak "maintain" awet muda. Sentiasa kelihatan 10 atau 20 tahun lebih muda dari usia sebenar.

Satu faktor yang menandakan anda semakin berusia adalah kedutan yang timbul pada wajah. Ataupun wajah berkerut. Terutamanya di bahagian dahi dan di tepi mata. Itu adalah perkara biasa. Tiada apa yang perlu anda risaukan.

Tapi kalau anda tahu serta rajin mengamalkan petua kecantikan tertentu, pasti kulit muka anda kan lebih lambat kedut. Ataupun kalau anda masih muda, ia akan lebih tegang gitu.

Salah satu petua melambatkan muka berkedut yang boleh saya tonjolkan di sini adalah dengan menggunakan minyak sayuran dan kuning telur.

Beberapa langkah yang boleh anda praktikkan adalah:

1. Anda perlu menyediakan topeng muka (masker) buatan sendiri.

2. Ambil sebiji telur dan gunakan bahagian kuning telur saja. Bahagian putih tu anda boleh simpan dulu buat masa ni.

3. Kemudian, titiskan beberapa titik minyak sayuran ke atas kuning telur tadi.

4. Kacau campuran itu hingga sebati. Pastikan campuran tersebut tak terlalu pekat atau cair.

5. Sapukan campuran tersebut ke seluruh wajah anda dan biarkan sehingga ia kering. Lebih kurang dalam 15 ke 20 minit.

6. Kemudian barulah anda cuci muka dengan air bersih.

Anda boleh mengamalkannya 1 atau 2 kali dalam seminggu sebagai permulaan. Kemudian, bila kulit anda dah bertambah baik, boleh jarakkan sikit tempohnya. Contohnya macam anda buat 2 minggu sekali atau sebulan sekali.

Kalau anda nak buat topeng muka tadi dengan menggunakan putih telur pun boleh. Buat selang seli. Sekali guna kuning telur + minyak sayur. Giliran seterusnya anda pakai formula putih telur + minyak sayur. Kedua-dua bahagian telur tu baik untuk kulit. Kalau tak diguna, membazir pula nanti.

Selamat Mencuba!

petua betis cantik

Petua Cantikkan Betis Kaki

Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan licin. Caranya mudah sahaja.

1. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan.

2. Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen.

Selain itu anda boleh juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga menjadi bersih.

petua menghaluskan kulit badan

ini ialah petua yang telah lama digunakan oleh nenek moyang kita untuk menghaluskan kulit badan. Ada dua pilihan petua yang saya postkan di sini. Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu anda yang tercari-cari petua ini selama ini

Petua 1
(menghaluskan dan menanggalkan daki di badan)

Bahan-bahan :
daun sirih, beras
Cara :

1. Blend segenggam beras sehingga halus.
2. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat.
3. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati.
4. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan.
5. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.

Petua 2

Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.

tabiat minum?!


Sepanjang hari, anda memang perlu minum air untuk keperluan tubuh. Biasanya, minum dalam lingkungan 6 hingga 8 gelas air masak dah memadai. Tapi, anda haruslah sesuaikan juga dengan cara hidup anda gak. Kan lain orang, lain cara hidup dan rutin hariannya. Tak gitu?
Sebenarnya, terdapat 3 cara minum air yang mampu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan? Kalau selama nie anda main minum je, cubalah praktikkan amalan berikut:

1. Semasa meminum segelas air, cuba anda amalkan minum dengan 3 kali teguk. Elakkan daripada minum sekali teguk atau senafas.

2. Elakkan daripada meniup air yang nak diminum. Ya, walaupun ianya adalah air panas. Biarkan ia sejuk seketika, kemudian barulah minum.

3. Jangan bernafas di dalam gelas atau cawan atau mug atau kole berapa banyak atau daa yang anda tengah minum.

Hurmm... mudah saje, kan? Tapi saya yakin pasti ada di antara anda yang pernah atau selalu buat perkara di atas tu, kan? Jadi, mulai saat ini, diharap anda boleh ubah tabiat minum. Tujuannya supaya ia bukan saja untuk menghilangkan dahaga tapi mampu memberi manfaat kepada tubuh badan anda.
Selamat Mengamalkannya!

8 perkara perlu dielak

Tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa perkara yang boleh mendatangkan penyakit kepada tubuh? Sama ada suka atau tak, sebaiknya anda elakkanlah 8 perkara di bawah bagi memastikan kesihatan tubuh badan anda kekal terpelihara.
1. Tak cukup tidur di waktu malam. Lebih-lebih lagi jika anda sering tidur lewat.
2. Banyak tidur ketika siang hari.
3. Makan sehingga kenyang yang melampau. Sebaiknya anda makanlah sebelum berasa lapar
dan berhenti sebelum kenyang, kan?
4. Suka tidur bila perut tengah kenyang.
5. Minum air pada waktu tengah malam.
6. Suka sangat menahan perasaan. Tetapi kalau anda yang suka bersabar tu dikecualikan lah. :)
7. Selalu sangat atau banyak melakukan jimak atau bersetubuh.
8. Melakukan hubungan jimak dengan isteri yang tua.
Begitulah antara perkara-perkara yang dikatakan boleh mendatangkan penyakit kepada tubuh badan anda. Jika anda mempunyai sebarang petua tambahan, jangan malu dan jangan segan. Anda dialu-alukan berkongsi di ruangan yang disediakan di bawah, okay.